BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Muqaddimah

All guyzs and my blog followers u can share or discuss anything.. schools,politics, or religious view.. welcome guys...

Saturday, April 30, 2011

Hello...


Selamat sejahtera.. dh lame gile aq x update blog nie.. tibe tibe seorg awek dri UUm telah bertanyakan kpd aq mengenai blog aq.. x thu nk jwb apa.. maka aq pun kata la,, jap lgi aq bg ko tgk... k ain... tgk blh.. tp jgn usik2.. hahaha.... kiranya post aq ni mcm ucapan selamat datang kepada beliau.... lama dah kitorg x jumpa.. dkt puluh tahun dah... hahaha.. (nmpak benor menipunye..) apa apa pun skrg ni aq agak bz sbb tgh exam,... anyway I'll update my stories.. and some information... Teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeett................!! Adios amigos Gracias senior and seniorita... : )

Wednesday, October 20, 2010

Doa dan Kehidupan


Cita cita... imPiAn... Realiti... Fantasi.... vS ---D----O-----A----

Semua orang ada cita2, yang x da cita2 atau impian mungkin cuma jika anda yang tidak berakal.... "You do have a brain rigt..?" kata2 dri seorg lecturer aq.. ha3! mcm nk tergelak pun ada... nmpak sgt kita sebagai manusia ni mmg x kn berhenti dri berfikir... tapi bi la kita dh berfikir... buat rancangan,,, mesti ada perlaksanaan... namun bukan semua yang kita impikan akan jadi realiti... masa tu memang sangat kecewa.... hu................... namun percayalah dengan kuasa DoA, bagi mereka yang beragama Islam,,, percayalah... "besi yang paling keras, pasti Lebur jika dengan keizinanNya" "kUN FAYA kUN,,,," Betapa besarnya rahmatmu ya Allah..... betapa penyangnya diriMu, bawalah perwatakan sebagai seorang "HamBA" sedarlah bahawa kita berjalan diatas bumi yang menjadi milikNya, mintalah... kerana DiA pasti mendengarnya,,, kehadapanMu kami Berserah diri... dan hanya DIA yang berhak keatas diri ini............. semoga usahaku diberkati dan dipermudahkan jalan kehidupan ini... dalam perjalanan menuju kearahmu Ya Rahman......

Nothing but something

..

Wednesday, July 28, 2010

Haruskah gugur air mata ini....?


assalamualaikum...




Untuk siapa... dan kerana apa... apabila diri sendiri yg rela untuk menjadi mangsa.... bibir mudah mengucap sabar... namun hati yg merasakannya...
seringkali mengingati diri sendiri, namun seringkali juga terlalai dan terleka.... jangan bermain dgn api.. klau takut terbakar... tp bila dah trbakar.. brulah rasa sakitnya..... tiada sesiapa yg perlu dipersalahkan... sebaliknya perlu untuk diri ini menunding ke arah diri sendiri..."mungkin aku yg bersalah... tiada guna lg berkata apa apa..... " i dn't have anything else to say... : ) take care,, asslmlkm...

Monday, June 14, 2010

Kejayaan atau Kegagalan,,,


Kali ini ingin saya berkongsi dengan pembaca.. Apakah yang menentukan kejayaan mahupun kegagalan seseorang...? jika kita renungkan... berapa ramai orang yang mahu melihat kita gagal? usah fikir siapa yang hendak melihat kita berjaya... kerana untuk berjaya kita perlu mengatasi insan sebegini dahulu... lumrah manusia... mungkin kerana kelemahan mereka, perasaan cemburu, dan sakit hati sering kali timbul.. tidak kurang juga bagi mereka yang sengaja mereka reka cerita kerana mahu menjatuhkan seseorang... namun pesan saya.. kembalilah pada Allah... usah gentar jika kamu benar2 ikhlas.. kerana Dia yang menilai kamu... dan bukan HambaNYa yang penuh kelemahan ini... Kerana manusia mungkin diselubungi pelbagai sifat negatif yang mungkin akan membuatkan mereka tersilap membuat pertimbangan.... Ikhlaskan diri dalam ibadah.. Kerana apabila kita berhadapan dengan dunia luar cabarannya pasti lebih sukar. Jika kamu merasa kecewa dengan sikap manusia.. ingatlah, Mereka hanya Khalifah yang tidak sempurna... wallahualam...

Sunday, March 14, 2010

Kehidupan


Agak lama aq x menulis disini.. namun hari ini agak terpanggil untuk menulis satu catatan kehidupan yang mungkin memberikan seribu makna terutama kepada insan yg bergelar lelaki... pada tarikh ini aq memulakan perjalanan pulang dengan menaiki train ekspress Rakyat dari Johor ke Kuala Lumpur.. tiba di stesyen Gemas, Train kami mengalami sedikit kelewatan kerana terdapat kerosakan track berhampiran stesyen Batang Melaka... hampir 2 jam kami berada disana.. aq duduk b'sebelahan seorang lelaki berbangsa cina, berumur lbih kurang lewat 30 an.. pada mulanya aq beranggapan beliau hanyalah seorang penumpang biasa.. namun apa yang menarik minatku apabila beliau sering berkomunikasi dengan empat orang budak yang duduk dua barisan dihadapn kami... pada mulanya aq agak tertanya tanya apakah status lelaki tersebut? 3 dari kanak knak tersebut adalah perempuan dan seorang darinya lelaki.. akhirnya jangkaan ku tidak meleset apabila kanak kanak tersebut adalah anak kepada lelaki cina tadi.. aq mnjadi lebih brminat apabila tidak melihat kelibat ibu kepada kanak2 trbabit.. terdetik rasa ingin brtanya namun pada mulanya ku pndamkan sahaja... namun ketika kami tiba di stesyen Seremban, aku cuba bertanya kpd lelaki trbabit... beliau akhirnya mnceritakan bahawa isterinya telah terlibat dalam kemalangan Jalan raya kira kira beberapa tahun yang lalu... apa yang menarik minatku adalah melihat kegigihan lelaki terbabit dalam mmbsarkn kesemua anaknya... kanak kanak tersebut kesemuanya berumur dalam lingkungan 7hingga 12hun mungkin... dan kini mereka dalam perjalanan ke Genting Highlands.. maklumlh cuti persekolahan sudah bermula.. kpd lelaki tadi.. sybas aq ucapkn... ternyata aq mmg kagum melihat sifatnya... seorang yang penyayang dan amat pnyabar.. maaf.. tiada photo dpt kulampirkan krn mrk pn sdg bergegas krn bas yang sepatutnya mmbawa mrk ke Genting Highlands akn berlepas bila bila masa shj setelah mrk tiba di stesyen Kl Sentral... "Selamat Bercuti....."

Tuesday, February 23, 2010

Apa yg Tersirat.. diSebalik yang Tersurat...


Keadaan seseorang insan selalu akan dipertikai.. hingga ada pepatah yang menyebut.. "Don't Judge a Book by it's Cover" ttp.. berapa ramai pulak yg ckp... "By it's cover we can Judge the Book" sekali lagi.. semua orang ada pandangan dan persepsi yang berbeza.. secara lahiriahnya semua insan adalah sama, yang membuatkan mereka semua berbeza antara satu sama lain hanyalah melalui persekitaran mereka. berapa ramai yang terpengaruh oleh pesekitaran? dan berapa ramai yang bersedia mengubah persekitaran... bagi mereka yang mampu mengubah persekitaran tahniah diucapkan.. kerana mungkin hanya satu dalam seribu insan yang mampu berbuat sedemikian. Namun semuanya bermula dari dalam diri.. Kesedaran.. dan sifat Berani untuk Berubah..! untuk berubah pula mungkin yang cakap bukan mudah... bukan mudah juga bermakna tidak mustahil..! adakah ramai antara kita yang bersedia untuk memotivasikan diri sendiri..? setelah banyak kali ditimpa ujian dan dugaan... hidup bukan mudah... dan tidak sunyi dari ujian.. salah satu cara bagi yang Maha Esa menguji keteguhan iman hambanya.. jadi.. berilah peluang untuk diri anda melakukan sesuatu.. fikir secara tenang... Jalan mana yang terbaik bagiku..? maka barulah kau memilih Jalanmu.. mudah mudahn dirimu sentiasa di bawah naungan rahmatNya.. Insyaallah...